Monday, September 27, 2010

..:: Hibernating ::..

Hai semua...apa khabar? lamanye tak update blog nie...ntah la, actually takde sebab yg munasabah kenapa saya tak update....rasenya akibat kelembapan internet dirumah dan tak larat nak layan karenah sikecik 2 orang tu. Ya lah,kalau saya buka je laptop, terus je dorang akan menerjah sama...kira sama-sama busy la....jadinya perkara terbaik adalah dengan tak berbuat apa-apa. Dan kalau di office plak,memang masa sangat mencemburui saya...sangat tak sempat.

Sekarang ni tengah melepak kat rumah dan tengah menunggu Mr Tamziz g baiki kereta. Jadi adalah masa nak buat coretan sikit-sikit.

Cepat betulkan masa berlalu, rasanya baru sahaja menyambut tahun baru sekarang dah nak menghampiri hujung tahun. Dan sedarkah kita semua akan apa yang dah kita lalui...bagi diri saya, apa saja pengalaman yang dilalui adalah sebagai pengajaran yang akan melengkapi diari hidup saya. Tanpa pengalaman takkan ada pengajaran yang akan dikutip. Bertapa besarnya kuasa Tuhan. Memberikan pengajaran kepada semua makhlukNya dengan pelbagai cara. Semua dapat merasainya, yang membezakannya hanyalah jenis pengajaran....jadikanlah segala pengalaman dan pengajaran yang kita dapat sebagai petunjuk untuk kita dimasa hadapan.

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Counter